AKU DAN KENANGAN

LAGU SELOKA KEDAH

Sunday, May 27, 2012

BILA PROGRAM TAK BERKAT INI JADINYA............

Satu tragedi berlaku di Himpunan Sejuta Belia sekitar jam 12.30-2.00 pagi tadi iaitu di dalam acara Drag Racing anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi. Penganjur rasmi perlumbaan drag race telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kematian tetapi 2 orang penonton cedera parah dan yang selebihnya cedera ringan. Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal. Sementara itu pemandu kereta berkenaan telah lari dan belum dapat dikesan. Dilaporkan juga acara untuk motorsikal yang dijadualkan berlansung hari ini dibatalkan ekoran tragedi tersebut. Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan di Putrajaya yang dikatakan mempunyai 500 aktiviti yang disediakan membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan selama lima hari sambutan yang berakhir hari ini. Dengan menyindir aktiviti Perhimpunan BERSIH, Najib ketika berucap merasmikan himpunan berkenaan berkata, negara ini tidak boleh bergantung harap masa depannya kepada belia yang ‘demo crazy’ (gila berdemonstrasi). Sekarang Najib perlu jawab apa yang berlaku? Sekarang hukum kebenaran membuktikan siapa yang sebenarnya "crazy" sehingga secara terang dan nyata, berlaku kemalangan yang menyebabkan kecederaan parah?

HARGA KERETA AKAN MURAH JIKA PR MEMERINTAH MALAYSIA...

Bercakap soal dasar automatif negara saelalaunya kita akan membayangkan harga kereta yang mahal dan harga alat ganti yang melambung naik.Ini berikutan kegagalan kerajaan di dalam mengurus dsar automatif negara dengan baik.Walaupun negara kita mempunyai kereta nasional namaun ia hanya indah khabar dari rupa..Ketika DR MAHATHIR melancarkan proton saga,gegak gempita negara dengan terhasilnya proton saga.Pernah terbaca majalah GILA GILA,ada satu ruangan menunjukkan kereta PROTON SAGA menggunakan tin milo sememaangnya lucu dan saya ingat hingga hari ini majalah GILA-GILA. Hari ini harga kenderaaan di MALAYSIA jauh lebih mahal berbanding harga kenderaan di negara jiran,janganlah di bandingkan dengan harga di negara teluk seperti oman dan lain-lain.Sakit jiwa rakyat MALAYSIA jika semua mengetahui betapa mahalnya harga kenderaaan di MALAYSIA ketika ini. Cukai eksais di kenakan cukup tinggi oleh kerajaan.Malaysia menjual sebuah kereta PERODUA VIVA dengan nilai RM30K lebih dan tidak termasuk PERODUA VIVA yang aksesorinya lebih mungkin meningkat lagi 4k.Dasar automotif kerajan yang membebankan rakyat menyebabkn rakyat tiada pilihan walaupun harga kenderaan itu tinggi.Cukai sehingga 80 peratus di kenakan ke atas sesebuah kenderaan menyebabkn rakyt terdesak untuk memiliki kenderaan dan akhirnya rakyat terpaksa beli kenderaaan dengan harga yang menyiksakan. Bayangkan jika sebuah kenderaan ansuran bulanannya rm350 sebulan dan perjanjian 9 tahun dengan pihak bank sudah pasti rakyt yang berpendapatan rm1500 sebulan gagal untuk memiliki kenderaan tersebut,Jika memilik kereta tersebut nescaya kehidupan menjadi susah kerana gaji tidak mencukupi.Itu tidak termasuk kerosakkan kereta tersebut dan akhirnya kereta tidak dapat di baiki dengan baik kerana ansuran mahal boleh menyebabkan kemalangan.Bayangkan sebuah perodua viva SEBELUM DI KENAKAN CUKAI LEH KERAJAAN HANYA BERHARGA SEKITAR RM20K LEBIH SAHAJA..apabila di campur dengan cukai yang di kenakan harganya meningkat naik sehingga 80 pertus dari harga asal.Rakyat yang sepit untuk memenuhi keperluan keluarga terpaksa membeli kereta dengan harga yang gila,kerajaan untung atas angin rakyat menderita. Di antara menifesto PR pada pru 13 yang akan datang,PR akan menitik beratkan dasar automotif untuk kebaikan kepada rakyat.KERAJAAN PR akan pastikan cukai eksais ataupun harga AP di kurangkan agar rakyat dapt menikmati harga kereta yang murah dan tidak terbeban.Kerajaan PR akan kaji sistem cukai kenderaaan agar rakyat terbanyak dapat memiliki kereta sekurang-kurangnya PERODUA VIVA YANG BERILAI RM25K dan ansuran bulan serendah rm200 sahaja setiap bulan.Ini bukan angan-angan kosong kerana ia juga dapat membantu pasangan yang baru berumah tangga untuk membeli kereta dan menikmati keselesaaan hidup.Inilah di antara menifesto KERAJAAN PR jika di berikan peluang untuk memerintah MALAYSIA,,tak termasuk turn harga petrol serta merta mahupun menghapuskan TOL. Dasar ini yang di impikan oleh rakyt dan bukannya dasar yang mengkayakn kroni tertentu sahaja.Apa pun ABU... HIDUP HARAPAN...

Wednesday, May 23, 2012

BERANIKAH NAJIB DAN ZAHID KE PERANCIS??

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi akan disapina agar datang ke Mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan.Peguam Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang baru pulang dari Perancis, Fadiah Nadwa Fikri berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah Perancis tentang saksi-saksi yang akan dipanggil itu. Turut disenaraikan sebagai saksi adalah bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dan isterinya, Mazlinda. Mahkamah Perancis sedang menyiasat dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene yang dibuat oleh syarikat Perancis. “Bila kami berjumpa dengan hakim pada 16 Mac lalu, kami telah serahkan senarai saksi yang perlu disapina agar datang ke mahkamah. “Kami memberikan nama Najib Razak, Zahid Hamidi and Razak Baginda,” kata Fadiah dengan dalam ceramahnya di Third Mile Bazaar, Kuching, Ahad lepas, lapor Free Malaysia Today. Apabila kesnya difailkan di Perancis, Zahid berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh. Namun, baru-baru ini, selepas namanya disebutkan sebagai saksi, Zahid berkata, beliau keberatan untuk pergi ke sana kerana tidak ada dana yang cukup untuknya. “Siapa akan membayar kos penerbangan dan hotel saya di Perancis,” soal Zahid. Fadiah dalam ceramahnya berkata, rakyat Malaysia sedia membayar kos penerbangan dan hotel Zahid di Perancis asalkan beliau sedia memberikan keterangan. Menurut beliau, jika mereka enggan datang menjadi saksi selepas sapina dikeluarkan, mahkamah akan mengeluarkan notis sekali lagi. Jika gagal hadir juga, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa mereka hadir. “Dan jika mereka gagal lagi, Interpol (International Police) boleh mengeluarkan amaran dan boleh ditangkap dan dibawa ke Mahkamah Perancis,” kata Fadiah dipetik. Sementara itu, rakyat Malaysia mula memberikan respon ke atas laporan ini dengan berkata mereka sedia menyumbang untuk membolehkan mereka berdua (Najib dan Zahid) menjadi saksi. “Saya akan menyumbangkan RM1.00 dari wang yang saya cari dengan susah payah untuk menampung kos mereka. Jika tak cukup, saya boleh tambah RM1.0 lagi,” kata Cheong Seng Keong. Namun katanya, “Saya tidak mahu menyumbang untuk kondom mereka.”

KJ JUARA PUSING

Selesai sudah DEBAT RAFIZI VS KHAIRI,tanggapan saya kali ini meleset sekali apabila KHAIRI mengeluarkan hujanh penafian dan gagal menjawab bebeapa soalan yang di ajukan oleh RAFIZI.Mungkin inilah benih UMNO yang terbaik terdapat di malaysia.Jika saya sebagai mahasiswa ketika ini nescaya saya akan UNDI PR pada PRU 13 nanti. Khairi terang-terang gagal mengemukan data yang jelas kemana duit petronas di belanjakan ketika ZAMAN PAK LAH BADAWI,sememangnya malaang sungguh KETUA PEMUDA UMNO ini.Biarpun KHAIRI kelihat segak berpakaian namun apa yg di tuturkan lebih kepada penafian dan serangan ke atas DSAI walhal tajuk perdebatan PTPTN bukannya DSAI. Tidak terkejut sebenarnya keadaan ini kerana di dalam siber terutama FB sememangnya AGEN UMNO apabila berdebat selaalunya gagal menjawab soalan yang di utarankan tidak hairanlah jika KHAIRI juga bersikap sedemikian... IKAN BILIS DI TEKAN JERUNG DI BIARKAN HIDUP HARAPAN

Tuesday, May 22, 2012

HOT

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan berita dengan didakwa di mahkamah, bekas peguam cara negara II Mohd Yusof Zainal Abiden juga mendapat perhatian apabila mewakili orang yang didakwanya dalam perbicaraan 'liwat' II. Yusof ketika ditemui selepas prosiding mahkamah hari ini berkata tiada masalah peribadi antaranya dengan Peguam Negara Abdul Gani Patail dan beliau profesional sejak memilih bersara. Beliau mengulas tanda tanya sama ada tindakannya melibatkan perkara peribadi dengan Abdul Gani. "Saya profesional, mereka telefon saya malam tadi dan saya lapang," katanya. "Saya tidak ada sebarang penglibatan politik," kata Yusof, orang ketiga alam Pejabat Peguam Negara sebelum bersara pada 1 Februari. -mk Tuduhan bermotif politik, Anwar minta dibicara KUALA LUMPUR 22 Mei: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pendakwaan ke atasnya di bawah Akta Perhimpunan Aman bermotif politik. “Pertuduhan bertujuan politik dan saya minta dibicarakan,” kata Anwar selepas pertuduhan dibacakan. Beliau berkata demikian di hadapan Hakim Mahmud Abdullah di Mahkamah Sesyen Jalan Duta pagi tadi. Bekas peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden merupakan ketua pasukan pendakwa dalam kes Fitnah II terhadap Anwar sebelum ini. Namun, hari ini, beliau bersama peguam kanan, Karpal Singh dalam pasukan peguambela ketua pembangkang itu. Mohd Yusof meletak jawatan dari Jabatan Peguam Negara pada akhir perbicaraan kes Fitnah II tersebut. -KD

TERKINI..KES BERSIH 3.0

Mahkamah Majistret Kuala Kumpur di Jalan Duta sebentar tadi telah menetapkan 2 Julai 2012 tarikh perbicaraan membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard. Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka dan hakim Mahkamah Sesyen, Mahmud Abdullah bersetuju bahawa ikat jamin sebanyak RM 500 dikenakan kepada tiap-tiap seorang bagi pertuduhan pertama iaitu melanggar perintah majsitret hadir dan berhimpun semasa himpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 yang dikeluarkan pada 26 April 2012. Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan, ketiga-tiga mereka dibenarkan ikat jamin persendirian. Paling mencuri tumpuan adalah kehadiran bekas Timbalan Pendakwaraya semasa Anwar menghadapi perbicaraan Fitnah Liwat 2, Mohd Yusof Zainal Abiden yang bertindak sebagai peguambela Anwar. Turut mewakili Anwar adalah ahli parlimen Jelutong, Karpal Singh. Sementara Azmin diwakili oleh ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah manakala Latheefa Koya mewakili CheguBard. Anwar bersama dengan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Mahkamah Sesyen 5 pada jam 9 pagi. Ketiga-tiga mereka merupakan yang pertama didakwa di bawah Akta Berhimpun Aman yang diluluskan baru-baru ini, di mana Anwar dan Azmin boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah. Mereka boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut. Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun. Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April. Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April. Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka yang mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut.