SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Monday, May 19, 2008

001


Hari ini dalam sejarah TUN MAHATHIR ikut jejak langkah TENGKU ABD RAHMAN keluar daripada PARTI UMNO,cuma alasan bebeza.TUN MAHATHIR keluar dari UMNO kerana tidak yakin dengan kepimpinan PAK LAH,TENGKU pula kerana krisis pemilihan UMNO 1982 dalam pada itu TENGKU juga marah kepada TUN MAHATHIR kerana mengharamkan UMNO yang sedia ada dan TUN MAHATHIR menubuhkan PARTI UMNO yang baru.Itulah TUN MAHATHIR yang kita kenali.Adakah ahli UMNO akan mengikut jejak langkah TUN,di dalam blog RUHANIE AHMAD telah ada beberapa ahli UMNO bertindak keluar parti dan bertindak mengistiharkan diri mereka keluar dari PARTI UMNO serta merta,mungkin di bahgian2 UMNO di seluruh MALAYSIA telah mendapat surat daripada ahli2 umno akar umbi mengikut jejak langkah TUN MAHATHIR.Kita tunggu dan lihat apa akan terjadi selepas peristiwa ini.

Sunday, May 18, 2008

Peralihan kuasa

Peralihan kuasa sesuatu dinasti atau kerajaan selalunya berlaku dalam dua keadaan samaada aman dan kurang aman,walaupun peralihan kuasa hanya di peringkat bahagian mahupun cawangan mana2 parti politik.Apabila kuasa di tukar maka yang sudah tiada kuasa akan merasa penangan betapa kuatnya ada kuasa.Dalam dunia poltik peralihan kuasa memang berlaku biarpun mengambil masa 10 tahun ataupun 50 tahun lamanya tetapi masa akan sampai berlaku peralihan.Kumpulan yang hilang kuasa akan masuk ke dua tempat iaitu peti ais atau peti besi tetapi bergantung kepada kebijaksanaan bermain politik untuk mengelak di masukkan kedalam peti sejuk atau peti besi.Itu lah dunia politik yang penuh dengan tipu muslihat dan penipuan yang cukup dasyat,untuk mereka yang baru masuk ke dunia politik selepas pasca pilihanraya supaya bersiap sedia dengan baju kalis peluru dan kulit muka yang penuh berutu.Sikap tak mahu lepaskan jawatan ada salah satu penyakit menyebabkan terganggu proses peralihan adakalanya proses tersebut perlu untuk kelancaran sesuatu pertubuhan atau parti politik,usia tua memang mencerminkan tahap kematangan politik dan cara menari di gelanggang politik namun adakalanya usia tua seseorang menjadi beban dan badi kepada orang yang lebh muda,usia tua juga selalunya menghalang kemajuan sesuatu pertubuhan atau pari poltik tak kira lah sama ada PARTI UMNO,DAP,PAS atau PKR.Peralihan kuasa dari peringkat muda juga perlu untuk memperkasakan parti atau menukar pemimpin yang mandom dengan kata lain kurang bermaya kepada ketua yang lebih berkelayakkan dan bertenaga.Cuma persetujuan untuk peralihan kuasa harus mendapat persetujuan dari akar umbi ada beberapa keadaan perlu mendapat kata sepakat sesama ahli di bawah.Tanpa ahli di bawah siapalah kita di atas ini,oleh itu peralihan kuasa perlu bagi merubah dari yang lama ke baru supaya kitaran kuasa dapat menjadi realiti

Tuesday, May 6, 2008

Ketuanan rakyat

Minggu ini negara kita di landa demam forum MELAYU,kita lihat dari aspek kaum sememangnya UMNO adalah parti yang memperjuangkan MELAYU pada dasarnya.Tetapi bermula era tahun 1998 prinsip membela MELAYU kian pudar dan terhakis sama sekali.Para pemimpin UMNO mengaut kekayaan negara tanpa mengagihkan kepada rakyat bawahan untuk di nikmati bersama walaupun di nyatakan oleh MENTERI2 yang terlibat telah mengagihkan kepada rakyat kononnya.Selepas kejatuhan 4 negeri BARISAN NASIONAL ke tangan PAKATAN RAKYAT membuatkan para melayuan UMNO menjadi tidak tentu arah dan boleh dikatakan bodoh seketika.Akibat daripada keputusan yang di perolehi pada PRU12 maka para2 melayuan UMNO ini berkokok mengalahkan ayam di pagi hari,ketakutan hilangnya hak MELAYU apabila UMNO tewas di beberapa negei di utara menyebabkan beberapa tindakan kemelayuan ini amat menjelekkan rakyat.Mengadakan demo di KOMTAR PULAU PINANG untuk menyatakan ketidakpuasan hati menegenai DEB,DEMONTRASI BUKAN BUDAYA KITA,KATA2 PAK LAH KETIKA MENGHARAMKAN PERHIMPUNAN BERSIH.Sekarang siapa pula yang berdemontrasi.Baru2 ini ada pula forum GAPENA untuk membincangkan hal melayu walaupun kita semua sedia maklum hanyalah gimik politik yang di lakukan oleh penganjur forum demi mengembalikan kuasa UMNO DI DALAM ARENA POLITIK NEGARA.Di masa sekarang rakyat tidak ingin mempertahankan hak melayu secara berlebihan cuma rakyat hanya mahukan hak mereka semula yang telah di curi oleh kerajaan BARISAN NASIONAL di kembalikan.Ketuanan rakyat yang paling penting bukan ketuanan MELAYU UMNO dengan mengkayakan pemimpin UMNO BEBERAPA KERAT.Bangsa MELAYU akan terus lemah di bawah UMNO dan BARISAN NASIONAL dengan hanya menceritakan tentang MELAYU sahaja tetapi tidak menceritakan tentang hak rakyat MALAYSIA itu sendiri.Forum yang di adakan di NEGERI JOHOR itu semata2 untuk mempertahankan melayu UMNO sahaja,mengapa setelah UMNO di tolak oleh rakyat barulah ada forum untuk MELAYU dan membincangkan masa depan MELAYU?kita semua maklum bahawa MELAYU SEMAKIN MUNDUR SETELAH 50 TAHUN MERDEKA mengapakan tidak di bincangkan dari dahulu lagi?masalah dadah di MALAYSIA kebanyakkan orang MELAYU yang terlibat,masalah sosial pun anak2 gadis dan teruna MELAYU juga yang masalah.Mengapa sekarang baru nak menyalak kesana sini.Sebagai melayu yang bermaruah dan berfikiran waras perlu membezakan di antara tindakan politik dan juga tindakn yang semata2 untuk membela rakyat bawahan.

Thursday, May 1, 2008

ANWAR KE PARLIMEN

DATO SERI ANWAR IBRAHIM telah kembali ke parlimen semalam,penantian rakyat MALAYSIA hampir 10 tahun termakbul jua.Walaupun bukan sebagai AHLI PARLIMEN tetapi sebagai pemerhati dan suami kepada KETUA PEMBANGKANG di PARLIMEN.Kehadiran DATO SERI ANWAR IBRAHIM di PARLIMEN memberi semangat kepada AHLI2 PARLIMEN PAKATAN RAKYAT untuk menghadapi AHLI2 PARLIMEN daripada BARISAN NASIONAL di dalam DEWAN RAKYAT.Ini suatu permulaan untuk merealisasikan MALAYSIA BARU untuk rakyta MALAYSIA. ANTARA KENYATAAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM SEMASA DI PARLIMEN KETIKA DI TEMURAMAH OLEH MEDIA(APABILA SAYA SUDAH MASUK PARLIMEN HARI INI, SAYA AKAN PASTIKAN SAYA TAK AKAN KELUAR).